HOME PHYSIOTHERAPY / FISIOTERAPI DI RUMAH

Cipta sejarah apabila pakar Fisioterapi datang ke rumah Mommy untuk rawat sakit yang Mommy lalui sejak sekian lama, almost 3 years. Dah bertahun Mommy sabar dan menahan sakit siang dan malam, kadang-kadang sampai stress, habis semua orang jadi mangsa. Pernah Mommy buat ujian MRI untuk tahu apa sebenarnya masalah leher dan bahu Mommy, tetapi nasihat yang Mommy dapat adalah jangan overwork dan jaga-jaga dari sebarang hentakan di leher terutamanya. Macam mana Mommy nak buat? Mommy 99% perlu bergerak dan beraktiviti. Waktu tidur sahaja baru aman. Tetapi, sebelum tidur pun Mommy suffer. Perlu urut dahulu leher dan bahu, barulah dapat tidur. Itu pun jam 1-2 pagi baru betul-betul lelapkan mata. Beg pun tak boleh galas lama-lama. Dah lama juga kenalan rapat suruh ke Chiro, suruh buat Fisio, tetapi Mommy asyik lengahkan. Keperluan lain lebih penting. Jika perlu ke temujanji, sudah pastinya masa diperlukan. Ahhh.. ini semua buat Mommy lengah dari hari ke hari.

 

TAK SANGKA ADA FISIOTERAPI KE RUMAH Tatkala negara dilanda Covid19, ini sedikit sebanyak menjejaskan pergerakan kita. Namun, sakit tetap akan muncul tak kira musim apa pun. Jadi, itulah yang Mommy rasa sekarang. Sehinggalah Ben Ashaari inform yang ada pakar fisio boleh datang dari rumah ke rumah. Eh biar betul? Nak ke hospital takut, jadi bila adanya servis sebegini, Mommy dah tak boleh beri macam-macam alasan lah contohnya tak sempat ke centre, tak sempat itu ini, perlu cuti itu ini. Dah tak boleh elak dah.

 

THE REHAB PHYSIO & SPECIALIST – HOME BASED PHYSIOTHERAPY Sebetulnya Mommy dah jimat masa, jimat tenaga dan jimat minyak juga untuk ke mana-mana pusat fisio atau hospital dengan adanya servis fisio ke rumah. The Rehab Physio & Specialist, milik puan Atikah melebarkan sayapnya untuk membantu pesakit yang hadapi kesukaran menjalani rawatan fisioterapi, dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini, dengan cara merawat dari rumah ke rumah. TAK SANGKA ADA FISIOTERAPI KE RUMAH MASALAH LEHER DAN BAHU, TERUS PANGGIL DATANG KE RUMAH! Mommy tak sanggup buang masa dah. Badan nak guna lama. Anak-anak dan suami perlukan Mommy. Mommy kena jaga kesihatan Mommy demi mereka. Jam 3 petang, puan Atikah datang ke rumah Mommy. Lengkap dengan peralatan termasuk Portable Easy Carriage Bed. Wah! Terbaik nih.

Terlebih dahulu, pesakit akan diberi konsultansi oleh Puan Atiqah dan semuanya akan direkod untuk rujukan masa depan. Isu utama Mommy adalah sakit leher, sakit bahu, sakit belakang dan selalu migrain. Jadi servis yang akan Mommy terima adalah seperti berikut : 1. Urutan leher (stretching upper trapezius & levator scapulae) 2. Sports massage – right side of the upper body 3. Manual therapy + nerve stretching right and left upper body 4. Cervical posture pump 5. Ice massage

TPENDAPAT MOMMY Jujur Mommy cakap, memang sakit! Kenapa sakit? Sebab otot-otot Mommy dah ketat sangat. Nak ‘longgar’kan tu, memang kena la bertabah dulu. Sampai ke kepala sakitnya bila jari jemari specialist ini menekan sasaran yang tepat! Tapi jangan risau, semuanya untuk kebaikan. Lagipun kesan fisio adalah immediate. Memang terasa longgar dan ringan sahaja badan lepas terima semua rawatan tu. Namun, sebaiknya ambil rawatan susulan untuk kesan lebih efektif. Dan percaya tak, Mommy tidur awal malam tadi. Jam 9 ok!! Ini memang tak pernah berlaku ye. Paling awal Mommy tidur pun jam 12.30 tengah malam. Ini yang buat Mommy rasa nak repeat rawatan fisio ini. Mommy dah jumpa orang yang tepat untuk rawat masalah Mommy ini. Part paling best adalah bila rawatan sebegini dibuat di rumah, Mommy akan extra selesa. Pakaian pun pakaian di rumah sahaja. Anak-anak pun bebas dan selesa bergerak tanpa ganggu kita pun. SESUAI UNTUK WANITA SAHAJA KE? Semua golongan boleh! SESUAI UNTUK LELAKI, PEREMPUAN, KANAK-KANAK, WARGA EMAS, semua peringkat umur. KAWASAN DAN WAKTU RAWATAN Kawasan rawatan adalah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya (lingkungan radius 50km). Waktu rawatan adalah setiap hari Isnin hingga Sabtu (Ahad cuti), dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Sebaiknya booking awal tau! CAJ RAWATAN Sebaiknya korang boleh hubungi Puan Atikah terus untuk consult tentang masalah anda, rawatan yang akan diterima dan caj yang terlibat. Hubungi : Puan Atikah (http://www.wasap.my/601155532903/therehabphysio) INFO LANJUT Kalau korang nak info lanjut, boleh lawat link di bawah: FB Page : https://www.facebook.com/The-rehab-physio-specialist-101016708436600/ FB : https://www.facebook.com/atikah.mokhtar.3939 IG : https://www.instagram.com/therehab_physio/ THE REHAB PHYSIO & SPECIALIST - PENGALAMAN BUAT FISIO DI RUMAH, LEBIH SELESA DAN EFEKTIF